Jumaat, 18 Mac 2011

Situasi 40

Sayangilah Malaysia


Entri terakhir saya untuk tugasan blog ini saya ingin menyeru kepada rakyat Malaysia agar kita sentiasa menjaga bahasa ketika berkomunikasi. Kita orang Timur. Kita ada budi bahasa yang tinggi. Jangan ada sikap malu barbahasa Melayu kerana kita orang Malaysia. Hormat-menghormatilah antara satu sama lain. Yang tua dihormati dan yang muda dikasihi. Sama-sama kita bersatu agar negara ini sentiasa aman dan harmoni. Sikap sentimen perkauman haruslah ditolak tepi agar perisitwa hitam 13 Mei tidak berulang. Mahukah kita hidup dalam keadaan kucar-kacir? Mahukah kita sentiasa bermasam muka antara satu sama lain? Kita sudah didik dengan sempurna agak sentiasa menjaga hubungan baik dengan orang lain. Pihak kerajaan telah berusaha keras dalam melaksanakan pelbagai kempen untuk keharmonian seluruh penduduk Malaysia. Kempen Budi Bahasa Budaya Kita, Kempan Membaca, Kempen Kitar Semula, Kempen Sayangi Ibu Bapa dan lain-lain lagi. Sama-sama kita renungkan, adakah semua kempen ini mahu merosakkan hubungan kita sesama masyarakat? Adakah kempen yang dijalankan ini mahu merosakkan bahasa kita? Bersyukurlah wahai penduduk Malaysia dengan apa yang telah dikurniakan kepada kita INGATLAH, BAHASA MAMPU MENGIKAT KUAT KEAKRABAN KITA. KITA 1 MALAYSIA!

video

IIR:   Jika ada sumur di ladang,
    Boleh saya menumpang mandi,
    Jika ada umur yang panjang,
    Boleh kita berjumpa lagi.

Situasi 39

Lukis La Benda Lain






Penerbitan kartun seperti ini seolah-olah tidak menghormati rakyat Jepun yang sedang dilanda masalah gempa bumi dan juga tsunami. Kartun ini sudah tersebar ke internet dan dikutuk masyarakat dunia. Rosak nama Malaysia di mata dunia. Mengapa kartunis ini perlu mengutuk negara Jepun yang sedang dilanda masalah besar. Sepatutnya, kartunis tersebut perlu menjaga sensitiviti agar negara kita tidak menjadi bahan kutukan masyarakat antarabangsa.

Pelbagai pandangan telah saya dengar mengenai kartun ini. Antaranya, kartun ini bermaksud Ultraman(Jepun yang maju) takut berhadapan dengan tsunami. Walau bagaimanapun, setelah didesak, pihak Berita Harian akhirnya telah memohon maaf kepada Jepun dan seluruh masyarakat dunia tentang kekurangan mereka dalam menapis perkara-perkara sensitif tersebut. Namun, pada pandangan saya, walaupun permohonan maaf telah dilaksanakan, kes ini sudah tersebar dan saya yakin pihak luar akan mengutuk Malaysia.

IIR: Mengharapkan penduduk Jepun tabah menghadapi ujian ini.

Situasi 38

Publisiti Murahan

Heboh satu nusantara apabila tersebarnya video lucah Ariel, Peterporn dengan dua aktres terkenal. Tidak hairanlah jika nama Ariel menjadi popular dalam enjin carian utama di internet, Google. Majalah hiburan dan akhbar harian juga tidak melepaskan peluang menyiarkan cerita panas ini.

Liputan kes liwat Anwar Ibrahim mendapat liputan luas dimuka akhbar tempatan. “Can I Fuck You”, antara tajuk dihadapan akhbar harian. Pembaca pula boleh berimaginasi dari artikel kes liwat ini termasuk kanak-kanak. Pemberian kondom percuma adalah langkah yang diambil oleh kerajaan dalam usaha mengurangkan pesakit AIDS. Berita ini dipapar hadapan di semua muka depan akhbar pada satu masa dahulu. Kanak-kanak tertanya, apa itu kondom?

Mangga adalah majalah playboy versi Malaysia yang laris dalam kalangan remaja. Tiada ada apa yang menarik dalam majalah tersebut kecuali gambar-gambar seksi penggiat seni tanah air kita.  Metro adalah surat khabar harian yang paling laris di Malaysia. Apa rahsianya? Muka depan kena cerita pasal seks, bomoh, pelacur, khalwat, tangkap basah, dan lain-lain. Pendek cerita Utusan dan Berita Harian perlu mengguna resepi ini kalau nak tarik pembaca.

Kerajaan harus mengawal media-media daripada menyiarkan pekara yang berunsur seks. Pihak media itu sendiri harus berhemah dalam mencari untung. Jangan jadikan 'aib' manusia sebagai sumber periuk nasi.



IIR: Meluat dengan akhbar Harian Metro yang semakin melampau.

Situasi 37

Baik Punya Alasan!


TAK tahulah nak buat reaksi macam mana apabila Cik Normah membaca kenyataan berani mati selebriti yang jenis suka tayang badan tak tentu hala. Rasa nak gelak berguling pun ada, menangis pun ada sebab macam tak percaya alasan yang dikeluarkan daripada bibir si empunya badan. Cik Normah faham, jiwa muda memang sentiasa mahu mengikut peredaran fesyen tetapi biarlah berpada-pada. Ini tidak, pemahaman seksi pada sesetengah individu cukup menyedihkan, sampai sanggup tayang semua. Macam pakai barut bayi atau dalam bahasa mudah, bertuala! Bahagian penting saja yang ditutup olehnya.

Siapa tak suka tengok belahan dada atau pangkal peha yang sikit saja lagi nak menampakkan bahagian tertentu. Tetapi, macam makanan, kalau dihidang terlampau lama tanpa ditutup, ia akan jadi tumpuan lalat seterusnya basi dan berulat. Paling kelakar apabila gambar seksi campur seksa terbabit akhirnya terpampang dalam blog, akhbar mahu pun majalah. Ketika itu, mulalah keluar alasan berjela-jela termasuk ‘selesa berpakaian begitu’, ‘jangan nilai seseorang melihatkan pada pakaian’ dan paling lawak mesti bermodalkan ayat ‘keluarga lebih mengenali saya’.

Tolonglah! Kepada mereka yang berkenaan, berbeza dengan orang biasa, artis atau personaliti popular sentiasa jadi perhatian dan ikutan terutama generasi muda. Jadi sedikit sebanyak imej memang perlu dijaga. Jangan kata pula tak mahu hipokrit, itu pun alasan klise sebab kalau tanya mana-mana emak bapa, tentu mereka segan kalau badan anak dara mereka menjadi tayangan perdana. Tapi tak tahulah kalau ada keluarga yang jenis tak kisah dan berbangga. 

Cik Normah pernah muda dan faham gelora yang sedang membuak-buak. Memanglah berfesyen ikut kesesuaian majlis, cuma kalau setakat pergi karaoke nak pakai singkat-singkat, apa cerita? Habis, dalam perjalanan ke majlis itu tiada ke mata yang melihat? Bukanlah Cik Normah hendak berceramah, tetapi sebagai wanita, Cik Normah sendiri jadi malu apabila sesetengah artis, popular atau tidak, berpakaian seperti hendak tak hendak saja lagaknya. Ketika itu, rasa jatuh sangat maruah sebagai seorang perempuan. Kalau kita sendiri tak jaga maruah kita, siapa lagi yang hendak berbuat demikian?

Dipetik daripada Harian Metro  27/1/2011 

APA KOMEN ANDA?

IIR: Kalau dah pakai macam tu, nampak sangat la kau tu jenis macam tu!

Situasi 36

Tak Susah Nak Senyum

Adakah susah untuk senyum? Saya sendiri akui yang saya bukan jenis yang senang senyum tetapi kalau berada depan orang saya akan cuba senyum walaupun mungkin nampak senyuman itu palsu. Ada orang kata saya suka senyum dan ada orang kata saya selalu masam. Oleh itu, sebenarnya, pandangan orang lain merupakan ‘cermin diri’ kita. Kadang kala kita amat sukar untuk melemparkan senyuman terhadap orang yang baru kita jumpa. Persepsi ini perlu diketepikan kerana senyum itu merupakan sedekah. Selain itu, senyum juga sebenarnya satu senaman ringkas otot muka.

Senyum selalunya disalah tafsir oleh sesetengah pihak. Sebagai contoh, seorang wanita perasan bahawa senyuman yang dilemparkan oleh seorang pemuda dikatakan ingin mengoratnya. Bagi saya, senyuman juga merupakan cara berbahasa untuk mengeratkan silaturrahim. Bahasa badan ini telah dijadikan bahan kempen oleh kerajaan untuk memartabatkan nilai budi masyarakat di Malaysia.

video


IIR: Senyum dapat menghilangkan tekanan. 
:-)

Situasi 35

BODOH

Dua minggu yang lalu, saya amat teruja menantikan perlawanan bola sepak di antara musuh tradisi Manchester United menentang Liverpool. Jam 9.30 malam, saya dan rakan-rakan bergerak ke Restoran Fajar yang terletak di hadapan Taman Bernam. Suasana agak meriah kerana ramai peminat bola sepak Inggeris telah berada di restoran tersebut. Seperti biasa, apabila pasukan pilihan mereka gagal menyerlah, ramai yang mengeluarka kata-kata cacian. Perkara sebegini amat biasa kita dengar apabila menonton bola sepak di kedai makan.

Perlawanan pada malam itu tamat berkesudahan pasukan Liverpool menang 3-1 ke atas Manchester United. Saya amat kecewa dengan kekalahan pasukan kegemaran saya iaitu Manchester United. Walau bagaimanapun, menang kalah merupakan adat permainan dan saya menerimanya dengan sabar. Namun, seminit sebelum perlawanan tamat, seorang penonton bertindak di luar jangkaan apabila dia bangun ke skrin besar sambil mencarut dan memaki hamun pasukan yang tewas pada malam itu iaitu Manchester United. Kelakuannya seperti orang gila. Semua penonton tergamam dengan kelakuan pemuda tersebut. Saya mendapat tahu bahawa dia penyokong fanatik Manchester United yang mungkin terlalu marah dengan kekalahan pasukan kesayangannya itu.

Bagi saya, kelakuan pemuda tersebut amat memalukan. Hal ini kerana, dia bukan sahaja mencarut dan memaki hamun, malah kelakuannya itu diperhatikan oleh semua pelanggan restoran kedai tersebut yang sedang menjamah makanan. Boleh dikatakan seluruh peringkat umur memerhati gelagatnya. Tidak malukah dia? Saya yang berada di situ cukup malu. Inikah budi bahasa masyarakat Melayu yang mengaku mempunyai nilai murni yang tinggi?






IIR: Patriotik sungguh beliau!

Situasi 34

Hikayat Merong Mahawangsa


Filem epik Malaysia yang dikeluarkan oleh KRU Studios dibawah arahan Yusri KRU ini dikatakan filem kedua termahal yang pernah dicipta selepas filem Puteri Gunung Ledang. Filem ini bukan saja ditayangkan di Malaysia, malah hampir 24 buah negara bakal memaparkan filem buatan Malaysia ini. Satu pencapaian yang membanggakan dari produksi 3 beradik ini.Nampaknya KRU sekali lagi membuat tanda aras untuk industri filem Malaysia.

Filem yang berkisarkan pengembaraan Merong Mahawangsa (berketurunan Alexander The Great) yang menjadi pengawal kepada Putera Empayar Rom yang ingin ke Asia Tenggara bagi mengahwini Puteri Dinasti Han. Perkahwinan di antara Putera Rom dan puteri dari negara China ini adalah mahu menyatukan kedua – dua empayar dan perkahwinan mereka dilakukan di tanah yang tidak dijajah oleh mana – mana empayar (Natural Grounds) yang terletak diantara empayar barat dan timur.Walaubagaimanapun, Armada Merong Mahawangsa telah diserang oleh Lanun dari negara Garuda (ia sebenarnya burung Garuda dalam Hikayat Merong Mahawangsa) dan Puteri tersebut telah diculik oleh lanun – lanun tersebut. Setelah berlaku serangan tersebut, bermulalah epik dimana Merong Mahawangsa cuba menyelamatkan puteri tersebut dan menyatukan empayar dari barat dan timur itu.

Filam ini turut memaparkan bagaimana masyarakat dahulu berbahasa. Selain itu, nilai kebudayaan serta kemasyarakatan yang ditunjukkan menjadikan filem ini layak untuk ditonton oleh semua lapisan masyarakat. Tayangan di hampir 24 buah negara juga bakal mengangkat martabat bahasa Melayu ke seluruh dunia. Syabas diucapkan kepada KRU dan saya menjangkakan filem ini akan menjadi filem yang mendapat keuntungan yang agak tinggi berbanding filem-filem Malaysia yang lain.



IIR: Rasa nak tengok lagi sekali. :-)



Situasi 33

PENTING DIRI SENDIRI

Sebilangan kita masih mengamalkan sikap suka ambil kesempatan, demi mementingkan diri sendiri. Sehingga tergamak mengenepikan nilai-nilai keluhuran kemanusiaan. Sama ada melalui kelemahan orang lain atau atas 'keperluan terdesak' pihak-pihak tertentu, pihak yang suka ambil kesempatan itu tidak peduli siapa mereka. Yang penting keuntungan diri diutamakan.

Ibarat si kuat yang suka ambil kesempatan ke atas si lemah, begitulah juga dengan mereka yang berkuasa yang sanggup menggunakan kuasanya untuk keuntungan dan kepentingan diri. Begitu juga si peniaga yang sering menggunakan peluang dan kesempatan untuk menaikkan harga barang, terutama ketika ramai pengguna amat memerlukannya. Pengguna sering berdepan dengan situasi sedemikian pada masa-masa tertentu. Golongan susah akan menerima akibatnya.

Di manakah keprihatinan dan nilai kemanusiaan mereka yang suka ambil kesempatan itu? Mereka sanggup melontarkan kejujuran dan moral diri demi mengutamakan keuntungan dan kepentingan diri semata-mata. Selagi bernama manusia, kita semua seharusnya memiliki sifat bertimbang rasa dan sering bertoleransi. Pasti akan terserlah nikmat dan rahmatmya!


IIR: Kembalilah kepada-Nya supaya kita tidak terpesong.

Situasi 32

Perli

Masyarakat Melayu suatu ketika dahulu sering menggunakan bahasa kiasan atau memerli untuk mengutuk atau menyindir seseorang. Amalan memerli ini signifikan dengan penggunaan pepatah Melayu dalam menasihati seseorang. Pada pendapat saya, perli ini cukup bagus untuk menyedarkan seseorang yang melakukan kesalahan. Selain itu, perli juga dapat menjaga air muka seseorang yang ditegur. Walau bagaimanapun, amalan memerli orang ini perlulah dikawal supaya tidak berlebihan yang akan menyebabkan berlakunya pergaduhan.

Joyah: Hai, jemur baju ke tu?
Minah: Eh tak lah. Saya tengah masak.

Di dalam perbualan di atas, Minah telah memerli Joyah yang masih bertanya tentang apa yang dilakukan oleh Minah walaupun dia sudah mengetahuinya. Saya akan memaparkan sebuah video tentang aktiviti memerli ini.


video


IIR: Aku memang suka perli orang. Hehehe.. :-)

Situasi 31

Apabila Rosaknya Alat Artikulasi

Senagau merupakan satu masalah yang menjadi faktor kepada kegagalan sesutau komunikasi. Punca utama sengau ialah kecatatan alat pertutuan atau sumbing.  Sumbing sering dikaitkan dengan berbagai -bagai pengalaman yang dilalui oleh si ibu sepanjang tempoh kehamilannya. Ada yang mengatakan bahawa keadaan ini akibat daripada ‘kenan’ seperti  arnab pernah melompat di hadapan si isteri sewaktu dia mengandung. Tidak kurang pula yang mendakwa ini sebagai pembalasan terhadap sesuatu dosa yang pernah dilakukan oleh pasangan suami isteri berkenaan. Berbagai -bagai lagi kepercayaan yang pelik -pelik dikemukakan. Tetapi, hakikatnya sumbing bibir dan rabit lelangit berlaku dalam setiap lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa atau 
kedudukan.

Sumbing bibir boleh menimbulkan berbagai -bagai masalah sosial dan emosi pada kanak -kanak yang terlibat. Kurang keyakinan diri, rasa rendah diri dan merasakan dirinya hodoh boleh menjejaskan perkembangan sosial dan inteleknya. Oleh itu, doktor menyarankan supaya sumbing bibir diperbetulkan dari peringkat bayi lagi. Selain itu, sokongan moral juga perlu diberikan terhadap mereka yang sengau supaya mereka yang terlalu merendah diri mempunyai satu motivasi yang tinggi untuk meneruskan kehidupan.


video


IIR:  Rakanku ada masalah ini, tetapi mudah untuk 

berkomunikasi dengannya.

Khamis, 17 Mac 2011

Situasi 30

Media Penting Angkat Bahasa Melayu
   

Media elektronik dan cetak berperanan penting dalam mengangkat martabat bahasa Melayu serta pematuhan kepada dasar penggunaannya sebagai bahasa kebangsaan seperti termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan. Penyandang Pertama Kursi Pengajian Melayu Kerajaan Malaysia di Universiti Beijing, China, Prof. Dr. Awang Sariyan berkata, media merupakan tunjang utama dalam pelaksanaan dasar bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di negara ini. Menurutnya, peranan itu boleh dilakukan dengan memastikan bahasa yang digunakan dalam penerbitan dan penyiaran berita adalah tepat dan sempurna serta mengambil kira kesantunan. 

Usaha peneguhan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan adalah tanggungjawab semua pihak termasuk pengamal media kerana secara amnya golongan ini menggunakannya secara meluas sebagai alat berkomunikasi dengan masyarakat. Komitmen ini perlu ketika penggunaan bahasa rojak atau bahasa pasar semakin berleluasa di kalangan masyarakat Malaysia sehingga menyebabkan bahasa kebangsaan itu terus dipinggirkan.


Beliau berucap pada Wacana Ilmu: Santun Berbahasa di Dewan Cendekiawan, Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR) pada 14 Februari 2011.  Majlis itu bertemakan 'Isu-isu keterampilan bahasa dalam komunikasi rasmi' dengan memberi pendedahan kepada pengamal media mengenai perkembangan bahasa terutama yang melibatkan aspek hukum, nahu dan tata bahasa dalam situasi rasmi serta tidak rasmi. Awang berkata, peranan tersebut seharusnya dipikul oleh semua pihak, termasuk media kerajaan dan swasta kerana ia menjadi tanggungjawab bersama dalam usaha memperkasakan bahasa kebangsaan. 

Pihak media tidak harus menjadikan cabaran-cabaran di peringkat global dan komersial sebagai alasan untuk menggunakan bahasa Melayu secara betul. Ini kerana, bahasa lain termasuk bahasa Inggeris digunakan dengan betul sama ada dalam berita mahupun tajuk, jadi pematuhan kepada hukum bahasa Melayu itu sepatutnya diamalkan. Jelasnya, penggunaan aspek kesantunan dalam bahasa kebangsaan harus dijadikan budaya bagi masyarakat di Malaysia.

SUMBER : BERITA HARIAN, 15 FEBRUARI 2011

IIR: Menyokong usul ini sepenuhnya! 



Situasi 29

Peribahasa Jiwa Kita


Dayung sudah di tangan, perahu sudah di air
Maksud: Segala-gala yang dikehendaki sudah diperoleh.

Yang lama dikelek, yang baharu didukung
Maksud : Adat yang lama tetap diamalkan di samping budaya hidup yang baharu.

Seperti lembu dicucuk hidung
Maksud : Orang yang selalu menurut kemahuan orang

Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
Maksud : Adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh.

Bagai kaca terhempas ke batu
Maksud : Sangat sedih atau kecewa.

Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat
Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.

Bagai Aur Dengan Tebing
Maksud : Hubungan yang rapat antara sama sama yang lain dan saling membantu.

Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
Maksud : mengalami susah senang bersama-sama.

Bara yang digenggam biar sampai jadi arang
Maksud : Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar, sehingga mencapai kejayaan.

Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri
Maksud : Walau bagaimanapun kelebihan di negara orang, tetap negeri sendiri lebih baik lagi.







IIR: Jom kuasai peribahasa kita.

Situasi 28

Sabarlah Wahai Kereta!

Cepat dan lancar merupakan faktor utama para pengguna jalan raya untuk menggunakan lebuh raya. Memecut sesuka hati dengan bantuan jalan yang elok serta tiada lampu isyarat menyebabkan segelintir pemandu gemar menggunakan lebuh raya berdasarkan faktor tersebut. Sebagaimana yang telah kita ketahui, lebuh raya berperanan untuk mempercepat perjalanan dan tidak semestinya memerlukan pemandu untuk memecut laju sesuka hati. Walaupun 'beribu' kempen telah dijalankan, namun sikap degil segelintir masih lagi tebal dalam diri mereka.

Selain itu, sikap memotong di lorong kecemasan juga menyebabkan mereka sentiasa dilabel sebagai samseng jalanan oleh pemandu yang berhemah. Sudah berulang kali diberitahu bahawa lorong tersebut hanya untuk kecemasan. Bukan hanya golongan muda yang menggunakan lorong tersebut tetapi golongan tua yang tidak sedar diri turut menggunakan lorong kecemasan tersebut. Apakah didikan daripada kempen yang telah diadakan oleh pihak kerajaan tidak lut kepada mereka? Tidak terfikirkah mereka yang membawa anak di dalam kereta yang menggunakan lorong kecemasan memberi kesan negatif kepada anak mereka sebagaimana pepatah Melayu "bapak borek anak rintik"?

IIR: Orang lain pun nak cepat jugak.

Situasi 27

Rokok Dan Manusia

Saya sebenarnya seorang perokok yang boleh disenaraikan dalam kategori tegar selama beberapa tahun. Walau bagaimanapun, saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana telah membuka hati untuk menghentikan amalan buruk ini. Sekarang sudah lebih 4 bulan saya menikmati kehidupan tanpa diemani 'rakan baik' saya suatu ketika dahulu. Kehidupan tanpa ditemani rokok lebih menyeronokkan berbanding dahulu. Tidak dapat dinafikan ramai perokok yang sudah berhenti kembali mengamalkan aktiviti tidak berfaedah ini. Keadaan ini menyebabkan saya khuatir tentang ketahanan saya untuk terus tidak merokok. Saya berharap dan berdoa agar saya diberi kekuatan untuk menempuh hasutan-hasutan untuk kembali merokok.

Isunya di sini adalah bagaimana manusia dikuasai oleh nikotin yang merosakkan kehidupan. Kenapa perokok tegar sukar untuk berhenti merokok? Pada pendapat saya, apabila minda telah dikuasai nikotin, maka minda telah diset untuk mengatakan bahawa "saya tidak boleh hidup tanpa rokok". Apabila kita dikuasai oleh ayat ini, maka amat sukar untuk berhenti merokok walaupun mencuba pelbagai jenis ubat. Minda dan kekuatan menahan nafsu merupakan cara yang terbaik untuk membantu perokok tegar menghentikan amalan buruk itu. Jadi sikap "saya tidak boleh hidup tanpa rokok" perlulah ditukar kepada "aku boleh berhenti merokok". Entri ini bukan untuk saya merasa bangga diri kerana telah berhenti merokok tetapi hanya ingin berkongsi pengalaman sewaktu menjadi erokok tegar dan pengalaman hidup tanpa rokok.







IIR: Apabila harga rokok naik, maka rokok seludup akan membanjiri pasaran.

Situasi 26

Guru Yang Tidak Prihatin


LONDON: Seorang guru tadika di Britain dilarang mengajar selama dua tahun selepas dia didapati menyembur penyegar udara ke arah sekumpulan murid Asia termasuk dari India dan Bangladesh dengan alasan mereka berbau kari.  Majlis Guru Am Bagi Wales (GCTW) diberitahu bahawa Elizabeth Davies, 50, menyembur penyegar udara setiap pagi ke arah murid terbabit selepas mendakwa mereka berbau ‘kari atau bawang’. “Perbuatan beliau tidak mencerminkan sikap seorang guru selain menjejaskan maruah kanak-kanak berkenaan yang mesti sentiasa dilindungi,” kata Pengerusi GCTW, Peter Williams. – Agensi

Pada pendapat saya, kes sebegini harus diberi perhatian oleh semua guru yang kurang sensetif tentang pelajar semasa tempoh pengajaran dan pembelajaran. Bagi saya, tindakannya tidak salah. Walau bagaimanapun, kelakuannya yang menyatakan tujuan beliau menyembur pewangi tersebut menyebabkan beliau dikritik ramai pihak.




IIR: Bau kari sedap la cikgu. 

Situasi 25

Bahasa Melayu Bahasa Kita

Rakyat  bukan Melayu negara ini, khususnya yang berketurunan Cina begitu sensitif apabila ada pihak yang mempersoalkan semangat patriotisme mereka atau kesediaan mereka menjadi rakyat yang memiliki jati diri terhadap negara ini. Lantaran itu, pernahkah mereka bertanya pada diri sendiri kenapa masih ada orang Melayu yang sangsi terhadap pendirian sesetengah daripada mereka. Saya hanya mahu ajukan satu persoalan saja. Apakah semua mereka yang mengakui sebagai warga negara ini tahu apa itu jati diri sebagai rakyat Malaysia? Bolehkah sesetengah daripada mereka menunjukkan sikap bahawa mereka menerima sepenuhnya jati diri itu yang antaranya menerima bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara ini dan menghayatinya?


Kenapakah sehingga kini pun masih terdapat pelbagai puak yang sengaja memperlekehkan penggunaan bahasa Melayu hingga ada yang tidak langsung menunjukkan rasa menghormati kepada bahasa kebangsaan negara yang mereka sendiri akui sebagai tanah tumpah darah mereka?  Persoalannya ialah kenapa selepas 53 tahun merdeka pun masih ramai tidak mengambil kisah penggunaan bahasa kebangsaan negara ini? Sebagai warga negara yang taat setia, mereka sepatutnya berbangga dengan bahasa kebangsaan negara mereka sendiri. Apa kesetiaannya kalau bahasa kebangsaan negara sendiri pun mereka tidak berusaha mempelajari dan menggunakannya. Bahasa Melayu yang mereka pelajari di sekolah Cina pun hanyalah untuk lulus peperiksaan saja. Selepas menduduki peperiksaan, mereka terus melupakannya dan langsung tidak bertutur dalam bahasa Melayu. Maka itu, Kementerian Pelajaran patut mulai tahun ini menetapkan semua pelajar yang mengambil mata pelajaran Bahasa Melayu diwajibkan lulus ujian lisan seperti ditetapkan untuk Bahasa Inggeris.



IIR: Ayuh martabatkan bahasa kebangsaan!

Situasi 24

Penjual Yang 'Berhati Mulia'

Hari ini saya berbual-bual bersama rakan sekelas, Ali mengenai satu kisah yang terjadi kepadanya. Sambil bercerita, Ali menulis laporan untuk diserahkan kepada pihak yang bertanggungjawab. Kisahnya bermula apabila Ali mahu membeli makanan di kafe kolej kediaman untuk mengisi perut nya yang lapar. Ketika ingin mengisi ikan di dalam plastik, Ali telah meminta plastik yang lebih besar kerana saiz ikan yang agak besar. Walau bagaimanapun berlaku satu kejadian yang tidak diingini.

Ali: Bang, boleh bagi plastik besar sikit tak?

Penjual: Tak cukup besar ke plastik tu?

Ali: Ikan ni besar la bang.

Penjual: Banyak soneh la kau ni. Orang lain boleh je pakai plastik tu.

Ali: Bang saya pengguna. Tolong la berbudi bahasa sikit.

Penjual: Woi! Kau ni kenape? Tak puas hati dengan aku ke?

Ali: Bang, saya minta plastik je. Kenape nak tinggi suara pulak?

Situasi ini hampir menyebabkan pergaduhan antara Ali dan penjual tersebut. Mujur ada beberapa pelajar yang prihatin untuk meleraikan mereka. Sebenarnya, saya telah banyak mendengar komen mengenai sikap penjual tersebut yang hilang budi bahasanya. Ali telah menghantar aduannya kepada pihak kolej agar penjual tersebut dikenakan tindakan. Sebagai penjual, bukan sahaja mutu barang yang perlu diambil berat, malah mutu keperibadian juga harus dititikberatkan agar kejadian sebegini rupa dapat dielakkan.



IIR: Isunya cukup kecil. PLASTIK!

Situasi 23

Lagu


Lagu merupakan sejenis hiburan yang mampu membuat seseorang itu berasa gembira, tenang, insaf dan sebagainya. Selain itu, lagu juga mampu memberi nasihat dan kritikan dalam kehidupan. Banyak lagu-lagu Melayu yang mempunyai ciri-ciri sedemikian rupa. Penulis lirik memainkan peranan utama dalam penerimaan masyarakat terhadap sesuatu lagu yang dihasilkan. Selain itu, penulis lirik juga perlu menjaga pemilihan kosa kata yang sesuai agar lagunya sesuai dengan nilai ketimuran masyarakat di Malaysia. Walau bagaimanapun, pada masa ini, terdapat pelbagai jenis genre yang telah memasuki industri hiburan tanah air. Banyak lagu-lagu Melayu masa kini yang sudah tercemar akibat daripada pemilihan kata yang kurang sesuai. 

Walaupun terdapat banyak pendapat yang mengatakan genre muzik masa kini yang semakin jauh dari adat ketimuran, terdapat juga beberapa buah lagu yang masih mempunyai nilai serta penggunaan bahasa yang baik. Sebagai contoh lagu bergenre Hip Hop nyanyian Malique yang berduet dengan M. Nasir di dalam lagu Mantera Beradu. Lagu ini jika diteliti liriknya mempunyai kritikan pedas terhadap masyarakat Melayu masa kini. Saya akan tunjukkan lirik lagu ini yang dikatakan mempunyai nilai kritikan serta maksud tersirat yang dituju kepada masyarakat kita masa kini.

Mantera Beradu - Malique feat. M.Nasir

Masih belum sempurna..

Gerakkan Hati... Hati gerakkan...
Pandanglah aku.. aku lah dia..

kulitku tebal.. ku kebal.. ingatkan kebal..
hanya berbual makan angin kembung perut mual...
desak dan tidak senang.. hidup tak pernah lenang..
kuski separa noya takut pecah tembelang

pecah tembelang... peta dah hilang...
bangau dah pulang... suara sumbang..

lidahku kaku tak selicin kuku
teman baikku buku
bini ku pena.. tak pernah lena
aku suka mengintai pantang ditenung
berakhir pertelingkahan dalaman
pasti belum

ikut gerak hati.. pena melayang
dilihat dua layang pandang
tak lah sekarang
takat meradang
tanya.. panggil dengan parang
badan macam bandang
main acap belakang parang

hunuskan kerismu sewaktu ada pistol
tradisi kekalkan adaptasi harus betul
tujuh baris keramat tujuh garis penamat
baik berpada biar jahat asalkan selamat

ramai saudaraku yang baik telah dipijak

awan mendung yang berarak
bawa tangis bawa resah
rebah rindu yang terkumpul
semua birat dan kalimah
semua janji yang terikat
lebur disisimu

yo ijazah terbaik datangnya dari jalanan
dari pengalaman bercakap dan bersalaman
konflik motivasi cuba medatasi
positif yang bercicah diinspirasi pagi

peduli reputasi basi pekakkan sebelah
halang dia keduanya muka cantik
soalan bodoh yang ditanya jadi melodinya
lebih hina dari zina

lu bikin dosa ku bikin prosa
teston teron testarosa
citacita sosa kl kl kosa nostra
jalan berliku ku harung roller coaster
gah sentosa tiada penyesalan
luas pandangan jauh dah berjalan
tak sempurna masih ada kejanggalan
gagal merangkap merangkap kegagalan

kucing bawa tidur rimau bawa igau
masuk tempat orang bawa otak bukan pisau

naik bukit angkuh cakap ayah jangan risau
turun bukit pucat dengan tiga miaww
kucing bawa tidur rimau bawa ligau
masuk tempat orang bawa otak bukan pisau
tolak pintu gua tiga kerat tenaga
kosong tak dijaga sampai datang tiga nada
ingat nak berlaga tapi tak kan boleh menang
menang dengan otak tak mesti dengan pedang

sebelum jadi naga ikan koi renang renang
pura pura salah jawapan untuk naik derang
panggil lima kawan atau biar pergi laju
risaukan pekara remeh kita tak akan maju
muka sama hijau hati siapa tahu
merah dah menyala pasti mati siapa mahu
gagap tiga kali bercakap benar saja
bulan terang ramai yang keluar buat kerja

panjat pokok buluh cari tukang air ketu
naik sampai nampak dah terpegun turun
tiga ular ikut lompat atau paut
kalau lari mati jika belum maut

puisi hati mu... hati mu puisi
palu hati ku palu hatifu

kulit tak besar walau sering ganti baju
pandang sini pandang sini
ku berbahasa baku kata kata nahu
himpun jadi satu
mantera beradu dengan irama dan lagu

akhirnya sempurna....

video

IIR: Minat dengan semua lagu-lagu M. Nasir.



Situasi 22

Boleh Mengandung?


Saya baru sahaja selesai mencuci pakaian di dobi blok 2 di Kolej Harun Aminurrashid. Semasa melalui tempat menonton televisyen yang terletak di blok perempuan, aku terdegar satu perbualan antara pelajar lelaki 
dengan seorang ahli jawatankuasa kolej.

JMK : Maaf dik, di sini lelaki tak boleh duduk. Ini kawasan budak perempuan je.

Pelajar : Kenapa? Kalau saya duduk sini, budak perempuan boleh mengandung ke?

Situasi ini jelas menunjukkan seorang pelajar yang kurang sopan dalam pertuturan dan agak kasar bahasanya. Walaupun kita nampak jawapan pelajar itu agak logik dan releven, namun cara percakapannya itu seolah-olah menyindir mungkin kerana tidak berpuas hati dengan teguran yang diberikan. Inilah manusia. Apabila teguran diberi dengan baik, mereka kadang kala ego sehingga mencari alasan lain atau mencari isu lain untuk 
membela diri.




IIR: Mengaku je la yang awak tu salah.

Situasi 21

Lauk Oh Lauk

Ketika saya menunggu giliran untuk membayar makanan di sebuah kedai, aku terlihat seorang pelajar yang meninggikan suaranya semasa bercakap dengan Mak Cik yang berada di kaunter kedai itu.

 Pelajar : Kenapa mahal sangat ni mak cik? Orang lain tak sampai pun 7 ringgit.

Mak cik : Ye la, kan anak ambil lauk banyak ni. Mak cik kira ikut lauk yang anak ambil ni.

Pelajar : Kalau banyak pun, tak kan sampai 10 ringgit.

Mak cik : Tak pe la kalau macam tu. Mak cik ambil la 8 ringgit ni. Simpan baki tu!

Walaupun pelajar tersebut mempunyai pendidikan yang tinggi, tetapi di dalam pergaulan serta pertuturan dengan orang yang lebih tua jelas menunjukkan bahawa pelajar tersebut rendah akhlaknya dan kurang berbudi bahasa serta menggunakan bahasa yang kurang sopan untuk didengar.



IIR: Dah ambil banyak, bayar pun banyak la.