Rabu, 16 Mac 2011

Situasi 18

Facebook Yang Handsome

Kadangkala kita tidak sedar apa yang kita tutur dan bualkan dalam kehidupan kita sehari-hari sama ada melalui lisan mahupun tulisan. Hari ini ketika saya melayari facebook, saya terbaca komen pada gambar salah seorang rakan facebook. Komen tu sememangnya kurang sopan untuk tatapan semua orang kerana boleh menjatuhkan air muka seseorang. Bagi saya 'insann budiman' itu telah mengutuk atau menghina orang dalam gambar tersebut. Saya yang membaca komen itu pun pedih telinga, inikan pula orang yang dikutuk itu. Kutukannya berbunyi seperti ini:

"Ko ingat kau tu handsome sangat ke? Muka macam tongkang pecah!"

Saya percaya anda juga pernah membaca komen-komen yang menggunakan kata-kata kesat seumpama ini. Bagisaya penggunaan kata-kata kesat atau berbentuk penghinaan, maki hamun dan sebagainya tidak seharusnya diungkapkan walaupun hanya untuk bergurau kerana boleh menjatuhkan maruah seseorang. Sebaik-baiknya, gunalah bahasa yang sopan dalam penulisan walaupun hanya sekadar komen biasa. Hal ini kerana bahasa mencerminkan peribadi seseorang. Penggunaan bahasa yang lemah-lembut dan bersopan mampu mencerminkan peribadi penuturnya yang berbudi. 




IIR: Jangan mengata ciptaan Ilahi, takut nanti terkena batang hidung sendiri. Baru padan muka!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan