Rabu, 16 Mac 2011

Situasi 19

Sama Tapi Tak Serupa

Hari ini saya terpaksa menaiki bas kerana motosikal rosak. Sebelum ini, saya jarang untuk menaiki bas untuk ke kuliah. Semasa menunggu bas, saya melihat seorang pelajar berlari-lari untuk menaiki bas. Namun, sebaik sahaja pelajar itu sampai di hadapan pintu bas, bas itu telah pun bergerak. Pak cik yang membawa bas itu langsung tidak menghiraukan pelajar itu tadi. Sebaik sahaja melihat bas itu bergerak, pelajar itu sungguh berasa marah dan saya terdengar pelajar tersebut bercakap seorang diri dan memaki hamun Pak cik tersebut. 

Pelajar : "Tak guna punya orang tua tu, aku dah la lewat nak pergi kelas. Bodoh betul la!"

Dalam situasi ini, kita dapat lihat kedua-dua tidak sepatutnya berbiat demikian. Pelajar tersebut seharusnya datang ke tempat menunggu bas lebih awal keran mungkin Pak cik tersebut sudah lama menunggu di situ. Manakala Pak cik itu juga tidak sepatutnya terus pergi meninggalkan pelajar tersebut sedangkan dia sudah nampak yang pelajar itu sedang berlari ke arah basnya. Pelajar itu juga tidak seharusnya menggunakan bahasa yang sedemikian kerana bahasa mencerminkan peribadi seseorang itu.

 




IIR: 2 X 5 = 10, 5 X 2 = 10

Tiada ulasan:

Catat Ulasan