Jumaat, 18 Mac 2011

Situasi 35

BODOH

Dua minggu yang lalu, saya amat teruja menantikan perlawanan bola sepak di antara musuh tradisi Manchester United menentang Liverpool. Jam 9.30 malam, saya dan rakan-rakan bergerak ke Restoran Fajar yang terletak di hadapan Taman Bernam. Suasana agak meriah kerana ramai peminat bola sepak Inggeris telah berada di restoran tersebut. Seperti biasa, apabila pasukan pilihan mereka gagal menyerlah, ramai yang mengeluarka kata-kata cacian. Perkara sebegini amat biasa kita dengar apabila menonton bola sepak di kedai makan.

Perlawanan pada malam itu tamat berkesudahan pasukan Liverpool menang 3-1 ke atas Manchester United. Saya amat kecewa dengan kekalahan pasukan kegemaran saya iaitu Manchester United. Walau bagaimanapun, menang kalah merupakan adat permainan dan saya menerimanya dengan sabar. Namun, seminit sebelum perlawanan tamat, seorang penonton bertindak di luar jangkaan apabila dia bangun ke skrin besar sambil mencarut dan memaki hamun pasukan yang tewas pada malam itu iaitu Manchester United. Kelakuannya seperti orang gila. Semua penonton tergamam dengan kelakuan pemuda tersebut. Saya mendapat tahu bahawa dia penyokong fanatik Manchester United yang mungkin terlalu marah dengan kekalahan pasukan kesayangannya itu.

Bagi saya, kelakuan pemuda tersebut amat memalukan. Hal ini kerana, dia bukan sahaja mencarut dan memaki hamun, malah kelakuannya itu diperhatikan oleh semua pelanggan restoran kedai tersebut yang sedang menjamah makanan. Boleh dikatakan seluruh peringkat umur memerhati gelagatnya. Tidak malukah dia? Saya yang berada di situ cukup malu. Inikah budi bahasa masyarakat Melayu yang mengaku mempunyai nilai murni yang tinggi?






IIR: Patriotik sungguh beliau!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan