Jumaat, 18 Mac 2011

Situasi 37

Baik Punya Alasan!


TAK tahulah nak buat reaksi macam mana apabila Cik Normah membaca kenyataan berani mati selebriti yang jenis suka tayang badan tak tentu hala. Rasa nak gelak berguling pun ada, menangis pun ada sebab macam tak percaya alasan yang dikeluarkan daripada bibir si empunya badan. Cik Normah faham, jiwa muda memang sentiasa mahu mengikut peredaran fesyen tetapi biarlah berpada-pada. Ini tidak, pemahaman seksi pada sesetengah individu cukup menyedihkan, sampai sanggup tayang semua. Macam pakai barut bayi atau dalam bahasa mudah, bertuala! Bahagian penting saja yang ditutup olehnya.

Siapa tak suka tengok belahan dada atau pangkal peha yang sikit saja lagi nak menampakkan bahagian tertentu. Tetapi, macam makanan, kalau dihidang terlampau lama tanpa ditutup, ia akan jadi tumpuan lalat seterusnya basi dan berulat. Paling kelakar apabila gambar seksi campur seksa terbabit akhirnya terpampang dalam blog, akhbar mahu pun majalah. Ketika itu, mulalah keluar alasan berjela-jela termasuk ‘selesa berpakaian begitu’, ‘jangan nilai seseorang melihatkan pada pakaian’ dan paling lawak mesti bermodalkan ayat ‘keluarga lebih mengenali saya’.

Tolonglah! Kepada mereka yang berkenaan, berbeza dengan orang biasa, artis atau personaliti popular sentiasa jadi perhatian dan ikutan terutama generasi muda. Jadi sedikit sebanyak imej memang perlu dijaga. Jangan kata pula tak mahu hipokrit, itu pun alasan klise sebab kalau tanya mana-mana emak bapa, tentu mereka segan kalau badan anak dara mereka menjadi tayangan perdana. Tapi tak tahulah kalau ada keluarga yang jenis tak kisah dan berbangga. 

Cik Normah pernah muda dan faham gelora yang sedang membuak-buak. Memanglah berfesyen ikut kesesuaian majlis, cuma kalau setakat pergi karaoke nak pakai singkat-singkat, apa cerita? Habis, dalam perjalanan ke majlis itu tiada ke mata yang melihat? Bukanlah Cik Normah hendak berceramah, tetapi sebagai wanita, Cik Normah sendiri jadi malu apabila sesetengah artis, popular atau tidak, berpakaian seperti hendak tak hendak saja lagaknya. Ketika itu, rasa jatuh sangat maruah sebagai seorang perempuan. Kalau kita sendiri tak jaga maruah kita, siapa lagi yang hendak berbuat demikian?

Dipetik daripada Harian Metro  27/1/2011 

APA KOMEN ANDA?

IIR: Kalau dah pakai macam tu, nampak sangat la kau tu jenis macam tu!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan