Jumaat, 18 Mac 2011

Situasi 40

Sayangilah Malaysia


Entri terakhir saya untuk tugasan blog ini saya ingin menyeru kepada rakyat Malaysia agar kita sentiasa menjaga bahasa ketika berkomunikasi. Kita orang Timur. Kita ada budi bahasa yang tinggi. Jangan ada sikap malu barbahasa Melayu kerana kita orang Malaysia. Hormat-menghormatilah antara satu sama lain. Yang tua dihormati dan yang muda dikasihi. Sama-sama kita bersatu agar negara ini sentiasa aman dan harmoni. Sikap sentimen perkauman haruslah ditolak tepi agar perisitwa hitam 13 Mei tidak berulang. Mahukah kita hidup dalam keadaan kucar-kacir? Mahukah kita sentiasa bermasam muka antara satu sama lain? Kita sudah didik dengan sempurna agak sentiasa menjaga hubungan baik dengan orang lain. Pihak kerajaan telah berusaha keras dalam melaksanakan pelbagai kempen untuk keharmonian seluruh penduduk Malaysia. Kempen Budi Bahasa Budaya Kita, Kempan Membaca, Kempen Kitar Semula, Kempen Sayangi Ibu Bapa dan lain-lain lagi. Sama-sama kita renungkan, adakah semua kempen ini mahu merosakkan hubungan kita sesama masyarakat? Adakah kempen yang dijalankan ini mahu merosakkan bahasa kita? Bersyukurlah wahai penduduk Malaysia dengan apa yang telah dikurniakan kepada kita INGATLAH, BAHASA MAMPU MENGIKAT KUAT KEAKRABAN KITA. KITA 1 MALAYSIA!


IIR:   Jika ada sumur di ladang,
    Boleh saya menumpang mandi,
    Jika ada umur yang panjang,
    Boleh kita berjumpa lagi.

Situasi 39

Lukis La Benda Lain






Penerbitan kartun seperti ini seolah-olah tidak menghormati rakyat Jepun yang sedang dilanda masalah gempa bumi dan juga tsunami. Kartun ini sudah tersebar ke internet dan dikutuk masyarakat dunia. Rosak nama Malaysia di mata dunia. Mengapa kartunis ini perlu mengutuk negara Jepun yang sedang dilanda masalah besar. Sepatutnya, kartunis tersebut perlu menjaga sensitiviti agar negara kita tidak menjadi bahan kutukan masyarakat antarabangsa.

Pelbagai pandangan telah saya dengar mengenai kartun ini. Antaranya, kartun ini bermaksud Ultraman(Jepun yang maju) takut berhadapan dengan tsunami. Walau bagaimanapun, setelah didesak, pihak Berita Harian akhirnya telah memohon maaf kepada Jepun dan seluruh masyarakat dunia tentang kekurangan mereka dalam menapis perkara-perkara sensitif tersebut. Namun, pada pandangan saya, walaupun permohonan maaf telah dilaksanakan, kes ini sudah tersebar dan saya yakin pihak luar akan mengutuk Malaysia.

IIR: Mengharapkan penduduk Jepun tabah menghadapi ujian ini.

Situasi 38

Publisiti Murahan

Heboh satu nusantara apabila tersebarnya video lucah Ariel, Peterporn dengan dua aktres terkenal. Tidak hairanlah jika nama Ariel menjadi popular dalam enjin carian utama di internet, Google. Majalah hiburan dan akhbar harian juga tidak melepaskan peluang menyiarkan cerita panas ini.

Liputan kes liwat Anwar Ibrahim mendapat liputan luas dimuka akhbar tempatan. “Can I Fuck You”, antara tajuk dihadapan akhbar harian. Pembaca pula boleh berimaginasi dari artikel kes liwat ini termasuk kanak-kanak. Pemberian kondom percuma adalah langkah yang diambil oleh kerajaan dalam usaha mengurangkan pesakit AIDS. Berita ini dipapar hadapan di semua muka depan akhbar pada satu masa dahulu. Kanak-kanak tertanya, apa itu kondom?

Mangga adalah majalah playboy versi Malaysia yang laris dalam kalangan remaja. Tiada ada apa yang menarik dalam majalah tersebut kecuali gambar-gambar seksi penggiat seni tanah air kita.  Metro adalah surat khabar harian yang paling laris di Malaysia. Apa rahsianya? Muka depan kena cerita pasal seks, bomoh, pelacur, khalwat, tangkap basah, dan lain-lain. Pendek cerita Utusan dan Berita Harian perlu mengguna resepi ini kalau nak tarik pembaca.

Kerajaan harus mengawal media-media daripada menyiarkan pekara yang berunsur seks. Pihak media itu sendiri harus berhemah dalam mencari untung. Jangan jadikan 'aib' manusia sebagai sumber periuk nasi.



IIR: Meluat dengan akhbar Harian Metro yang semakin melampau.

Situasi 37

Baik Punya Alasan!


TAK tahulah nak buat reaksi macam mana apabila Cik Normah membaca kenyataan berani mati selebriti yang jenis suka tayang badan tak tentu hala. Rasa nak gelak berguling pun ada, menangis pun ada sebab macam tak percaya alasan yang dikeluarkan daripada bibir si empunya badan. Cik Normah faham, jiwa muda memang sentiasa mahu mengikut peredaran fesyen tetapi biarlah berpada-pada. Ini tidak, pemahaman seksi pada sesetengah individu cukup menyedihkan, sampai sanggup tayang semua. Macam pakai barut bayi atau dalam bahasa mudah, bertuala! Bahagian penting saja yang ditutup olehnya.

Siapa tak suka tengok belahan dada atau pangkal peha yang sikit saja lagi nak menampakkan bahagian tertentu. Tetapi, macam makanan, kalau dihidang terlampau lama tanpa ditutup, ia akan jadi tumpuan lalat seterusnya basi dan berulat. Paling kelakar apabila gambar seksi campur seksa terbabit akhirnya terpampang dalam blog, akhbar mahu pun majalah. Ketika itu, mulalah keluar alasan berjela-jela termasuk ‘selesa berpakaian begitu’, ‘jangan nilai seseorang melihatkan pada pakaian’ dan paling lawak mesti bermodalkan ayat ‘keluarga lebih mengenali saya’.

Tolonglah! Kepada mereka yang berkenaan, berbeza dengan orang biasa, artis atau personaliti popular sentiasa jadi perhatian dan ikutan terutama generasi muda. Jadi sedikit sebanyak imej memang perlu dijaga. Jangan kata pula tak mahu hipokrit, itu pun alasan klise sebab kalau tanya mana-mana emak bapa, tentu mereka segan kalau badan anak dara mereka menjadi tayangan perdana. Tapi tak tahulah kalau ada keluarga yang jenis tak kisah dan berbangga. 

Cik Normah pernah muda dan faham gelora yang sedang membuak-buak. Memanglah berfesyen ikut kesesuaian majlis, cuma kalau setakat pergi karaoke nak pakai singkat-singkat, apa cerita? Habis, dalam perjalanan ke majlis itu tiada ke mata yang melihat? Bukanlah Cik Normah hendak berceramah, tetapi sebagai wanita, Cik Normah sendiri jadi malu apabila sesetengah artis, popular atau tidak, berpakaian seperti hendak tak hendak saja lagaknya. Ketika itu, rasa jatuh sangat maruah sebagai seorang perempuan. Kalau kita sendiri tak jaga maruah kita, siapa lagi yang hendak berbuat demikian?

Dipetik daripada Harian Metro  27/1/2011 

APA KOMEN ANDA?

IIR: Kalau dah pakai macam tu, nampak sangat la kau tu jenis macam tu!

Situasi 36

Tak Susah Nak Senyum

Adakah susah untuk senyum? Saya sendiri akui yang saya bukan jenis yang senang senyum tetapi kalau berada depan orang saya akan cuba senyum walaupun mungkin nampak senyuman itu palsu. Ada orang kata saya suka senyum dan ada orang kata saya selalu masam. Oleh itu, sebenarnya, pandangan orang lain merupakan ‘cermin diri’ kita. Kadang kala kita amat sukar untuk melemparkan senyuman terhadap orang yang baru kita jumpa. Persepsi ini perlu diketepikan kerana senyum itu merupakan sedekah. Selain itu, senyum juga sebenarnya satu senaman ringkas otot muka.

Senyum selalunya disalah tafsir oleh sesetengah pihak. Sebagai contoh, seorang wanita perasan bahawa senyuman yang dilemparkan oleh seorang pemuda dikatakan ingin mengoratnya. Bagi saya, senyuman juga merupakan cara berbahasa untuk mengeratkan silaturrahim. Bahasa badan ini telah dijadikan bahan kempen oleh kerajaan untuk memartabatkan nilai budi masyarakat di Malaysia.



IIR: Senyum dapat menghilangkan tekanan. 
:-)

Situasi 35

BODOH

Dua minggu yang lalu, saya amat teruja menantikan perlawanan bola sepak di antara musuh tradisi Manchester United menentang Liverpool. Jam 9.30 malam, saya dan rakan-rakan bergerak ke Restoran Fajar yang terletak di hadapan Taman Bernam. Suasana agak meriah kerana ramai peminat bola sepak Inggeris telah berada di restoran tersebut. Seperti biasa, apabila pasukan pilihan mereka gagal menyerlah, ramai yang mengeluarka kata-kata cacian. Perkara sebegini amat biasa kita dengar apabila menonton bola sepak di kedai makan.

Perlawanan pada malam itu tamat berkesudahan pasukan Liverpool menang 3-1 ke atas Manchester United. Saya amat kecewa dengan kekalahan pasukan kegemaran saya iaitu Manchester United. Walau bagaimanapun, menang kalah merupakan adat permainan dan saya menerimanya dengan sabar. Namun, seminit sebelum perlawanan tamat, seorang penonton bertindak di luar jangkaan apabila dia bangun ke skrin besar sambil mencarut dan memaki hamun pasukan yang tewas pada malam itu iaitu Manchester United. Kelakuannya seperti orang gila. Semua penonton tergamam dengan kelakuan pemuda tersebut. Saya mendapat tahu bahawa dia penyokong fanatik Manchester United yang mungkin terlalu marah dengan kekalahan pasukan kesayangannya itu.

Bagi saya, kelakuan pemuda tersebut amat memalukan. Hal ini kerana, dia bukan sahaja mencarut dan memaki hamun, malah kelakuannya itu diperhatikan oleh semua pelanggan restoran kedai tersebut yang sedang menjamah makanan. Boleh dikatakan seluruh peringkat umur memerhati gelagatnya. Tidak malukah dia? Saya yang berada di situ cukup malu. Inikah budi bahasa masyarakat Melayu yang mengaku mempunyai nilai murni yang tinggi?






IIR: Patriotik sungguh beliau!

Situasi 34

Hikayat Merong Mahawangsa


Filem epik Malaysia yang dikeluarkan oleh KRU Studios dibawah arahan Yusri KRU ini dikatakan filem kedua termahal yang pernah dicipta selepas filem Puteri Gunung Ledang. Filem ini bukan saja ditayangkan di Malaysia, malah hampir 24 buah negara bakal memaparkan filem buatan Malaysia ini. Satu pencapaian yang membanggakan dari produksi 3 beradik ini.Nampaknya KRU sekali lagi membuat tanda aras untuk industri filem Malaysia.

Filem yang berkisarkan pengembaraan Merong Mahawangsa (berketurunan Alexander The Great) yang menjadi pengawal kepada Putera Empayar Rom yang ingin ke Asia Tenggara bagi mengahwini Puteri Dinasti Han. Perkahwinan di antara Putera Rom dan puteri dari negara China ini adalah mahu menyatukan kedua – dua empayar dan perkahwinan mereka dilakukan di tanah yang tidak dijajah oleh mana – mana empayar (Natural Grounds) yang terletak diantara empayar barat dan timur.Walaubagaimanapun, Armada Merong Mahawangsa telah diserang oleh Lanun dari negara Garuda (ia sebenarnya burung Garuda dalam Hikayat Merong Mahawangsa) dan Puteri tersebut telah diculik oleh lanun – lanun tersebut. Setelah berlaku serangan tersebut, bermulalah epik dimana Merong Mahawangsa cuba menyelamatkan puteri tersebut dan menyatukan empayar dari barat dan timur itu.

Filam ini turut memaparkan bagaimana masyarakat dahulu berbahasa. Selain itu, nilai kebudayaan serta kemasyarakatan yang ditunjukkan menjadikan filem ini layak untuk ditonton oleh semua lapisan masyarakat. Tayangan di hampir 24 buah negara juga bakal mengangkat martabat bahasa Melayu ke seluruh dunia. Syabas diucapkan kepada KRU dan saya menjangkakan filem ini akan menjadi filem yang mendapat keuntungan yang agak tinggi berbanding filem-filem Malaysia yang lain.



IIR: Rasa nak tengok lagi sekali. :-)