Rabu, 16 Mac 2011

Situasi 20

Boleh Buat Menantu

Semasa berada di sebuah bengkel motosikal yang terletak berhampiran pekan Tanjung Malim, saya terlihat satu situasi yang menunjukkan seorang pemuda yang bertimbang rasa dan berbahasa sopan apabila bercakap dengan orang yang lebih tua.

Pemuda : Bang, boleh tengok motosikal saya ni? Tak tahu la tiba-tiba je buat hal.

Mekanik : Ok la dik, nanti abang tengok.

Sedang mekanik itu hendak membaiki motosikal pemuda itu, datang seorang Pak Cik Tua dengan keadaan tergesa-gesa.

Pak Cik Tua : Nak, boleh tukar tiup motor pak cik ni? Pancit pula tadi, tapi pak cik nak cepat ni, nak pergi ambil anak pak cik kat sekolah.

Mekanik : Tapi pak cik kena la tunggu dulu kejap sebab saya nak repair motor adik ni dulu.

Pemuda : Tak pe la bang, abang baiki la dulu motor pak cik tu. Kesian anaknya sedang tunggu kat sekolah tu. Lagipun saya bukannya ada nak buat apa-apa kerja pun lepas ni.

Mekanik : Ok la kalau macam tu.

Sikap pemuda yang bertimbang rasa ini perlu dicontohi oleh remaja pada masa ini. Dia menyedari bahawa Pak Cik itu perlu cepat untuk mengambil anaknya ke sekolah. Saya begitu kagum dengan sikap pemuda itu. Walaupun pemuda itu kelihatan selekeh dan tidak bergaya, namun dia mempunyai hati yang baik dan pertuturannya dengan orang yang lebih tua agak sopan. 



IIR: Bertuah kalau ada ramai anak muda macam ni. 
:-)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan