Jumaat, 18 Mac 2011

Situasi 34

Hikayat Merong Mahawangsa


Filem epik Malaysia yang dikeluarkan oleh KRU Studios dibawah arahan Yusri KRU ini dikatakan filem kedua termahal yang pernah dicipta selepas filem Puteri Gunung Ledang. Filem ini bukan saja ditayangkan di Malaysia, malah hampir 24 buah negara bakal memaparkan filem buatan Malaysia ini. Satu pencapaian yang membanggakan dari produksi 3 beradik ini.Nampaknya KRU sekali lagi membuat tanda aras untuk industri filem Malaysia.

Filem yang berkisarkan pengembaraan Merong Mahawangsa (berketurunan Alexander The Great) yang menjadi pengawal kepada Putera Empayar Rom yang ingin ke Asia Tenggara bagi mengahwini Puteri Dinasti Han. Perkahwinan di antara Putera Rom dan puteri dari negara China ini adalah mahu menyatukan kedua – dua empayar dan perkahwinan mereka dilakukan di tanah yang tidak dijajah oleh mana – mana empayar (Natural Grounds) yang terletak diantara empayar barat dan timur.Walaubagaimanapun, Armada Merong Mahawangsa telah diserang oleh Lanun dari negara Garuda (ia sebenarnya burung Garuda dalam Hikayat Merong Mahawangsa) dan Puteri tersebut telah diculik oleh lanun – lanun tersebut. Setelah berlaku serangan tersebut, bermulalah epik dimana Merong Mahawangsa cuba menyelamatkan puteri tersebut dan menyatukan empayar dari barat dan timur itu.

Filam ini turut memaparkan bagaimana masyarakat dahulu berbahasa. Selain itu, nilai kebudayaan serta kemasyarakatan yang ditunjukkan menjadikan filem ini layak untuk ditonton oleh semua lapisan masyarakat. Tayangan di hampir 24 buah negara juga bakal mengangkat martabat bahasa Melayu ke seluruh dunia. Syabas diucapkan kepada KRU dan saya menjangkakan filem ini akan menjadi filem yang mendapat keuntungan yang agak tinggi berbanding filem-filem Malaysia yang lain.



IIR: Rasa nak tengok lagi sekali. :-)



Tiada ulasan:

Catat Ulasan