Selasa, 15 Mac 2011

Situasi 17

Jemputan Kahwin

Kenduri kahwin merupakan satu acara untuk meraikan pengantin baru serta satu cara untuk menghebahkan kepada masyarakat bahawa pasangan itu telah berkahwin. Jemputan daripada pihak keluarga pengantin amat penting dalam mengeratkan lagi hubungan silaturrahim. Masyarakat masa kini menggunakan pelbagai cara untuk menjemput sanak-saudara, rakan serta penduduk kampung. Sebagai contoh, penggunaan kad, panggilan telefon, menghantar wakil merupakan cara pihak keluarga pengantin untuk menjemput mereka ke majlis tersebut. 

Walaupun pelbagai cara digunakan dalam menjemput tetamu ke majlis perkahwinan, namun terdapat juga masalah yang dihadapi oleh pihak keluarga pengantin. Masalah yang saya maksudkan ialah apabila teman baik atau saudara-mara pihak keluarga pengantin menerima jemputan melalui wakil, maka akan berlakulah kes 'merajuk' sehinga merenggangkan hubungan. Isunya di sini ialah adakah menjemput tetamu melalui wakil itu salah?

Pada pendapat saya, perkara ini tidaklah menjadi kesalahan. Walau bagaimanapun, pihak keluarga pengantin perlulah sensetif dalam melakukan jemputan. Sekiranya saudara-mara atau teman baik hanya menerima jemputan daripada wakil, tidak daripada empunya diri, maka perasaan terkilan atau tersisih mungkin timbul. Sebagai contoh, Ali yang kurang senang dengan jemputan sepupunya akan berkata, "Sibuk sangat ke? Sampai sepupu sendiri pun nak suruh hantar orang tolong jemput aku." Oleh hal yang demikian, penggunaan cara jemputan serta bahasa yang digunakan perlulah sesuai serta kreatif agar perkara yang boleh merenggangkan hubungan ini dapat dielakkan. 





IIR: Kad kahwin sekarang dah macam-macam fesyen. Pilih je.
:-)



Tiada ulasan:

Catat Ulasan