Jumaat, 18 Mac 2011

Situasi 40

Sayangilah Malaysia


Entri terakhir saya untuk tugasan blog ini saya ingin menyeru kepada rakyat Malaysia agar kita sentiasa menjaga bahasa ketika berkomunikasi. Kita orang Timur. Kita ada budi bahasa yang tinggi. Jangan ada sikap malu barbahasa Melayu kerana kita orang Malaysia. Hormat-menghormatilah antara satu sama lain. Yang tua dihormati dan yang muda dikasihi. Sama-sama kita bersatu agar negara ini sentiasa aman dan harmoni. Sikap sentimen perkauman haruslah ditolak tepi agar perisitwa hitam 13 Mei tidak berulang. Mahukah kita hidup dalam keadaan kucar-kacir? Mahukah kita sentiasa bermasam muka antara satu sama lain? Kita sudah didik dengan sempurna agak sentiasa menjaga hubungan baik dengan orang lain. Pihak kerajaan telah berusaha keras dalam melaksanakan pelbagai kempen untuk keharmonian seluruh penduduk Malaysia. Kempen Budi Bahasa Budaya Kita, Kempan Membaca, Kempen Kitar Semula, Kempen Sayangi Ibu Bapa dan lain-lain lagi. Sama-sama kita renungkan, adakah semua kempen ini mahu merosakkan hubungan kita sesama masyarakat? Adakah kempen yang dijalankan ini mahu merosakkan bahasa kita? Bersyukurlah wahai penduduk Malaysia dengan apa yang telah dikurniakan kepada kita INGATLAH, BAHASA MAMPU MENGIKAT KUAT KEAKRABAN KITA. KITA 1 MALAYSIA!


IIR:   Jika ada sumur di ladang,
    Boleh saya menumpang mandi,
    Jika ada umur yang panjang,
    Boleh kita berjumpa lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan